Promosi Super Jimat Hujung Tahun (YESS) KLIA Ekspres

Penjimatan Hebat Untuk Semua

KUALA LUMPUR, 14 November 2018: Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) telah melancarkan Promosi Super Jimat Hujung Tahun atau Year-End Super Saver (YESS) yang menarik dengan tawaran diskaun sehingga 27% untuk semua penumpang KLIA Ekspres bermula 1 Oktober 2018 sehingga 1 Januari 2019.

Sempena cuti sekolah dan perayaan Krismas yang bakal menjelang, orang ramai yang akan melancong ke luar negara boleh mendapatkan harga istimewa ini secara atas talian dengan menggunakan kod promosi khas.

Sepanjang tempoh promosi ini, tambang tren satu hala bagi orang dewasa ialah RM45 (tambang biasa: RM55) manakala kanak-kanak, tambangnya ialah RM20 sahaja (tambang biasa: RM25). Tiket pergi-balik pula berharga RM85 (tambang biasa: RM100) bagi orang dewasa dan RM38 (tambang biasa: RM45) bagi kanak-kanak. Penumpang berkumpulan (tiga orang atau lebih dalam satu kumpulan), boleh turut menikmati tambang iaitu RM40 seorang (dewasa, satu hala).

Selain daripada itu, ERL juga menawarkan pakej KLIA Ekspres + GRAB pada harga istimewa. Hanya dengan tambahan RM5 (satu hala), penumpang boleh menikmati perjalanan yang lebih lancar dari rumah ke KL Sentral dan sebaliknya, dengan pakej ini. Kod promosi Grab bernilai RM10 yang termasuk dalam pakej ini boleh digunakan untuk perjalanan pergi ke KL Sentral atau balik dari KL Sentral sahaja.

Kod promo YESS boleh didapati di Instagram (https://www.instagram.com/kliaekspres), Facebook (https://www.facebook.com/KLIAekspres) dan Twitter KLIA Ekspres (https://twitter.com/KLIAekspres).

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata, “Suku terakhir tahun adalah masa yang sangat sesuai untuk melancong dan meluangkan masa dengan orang tersayang. Penumpang sentiasa peka dan menantikan tawaran istimewa dan cara yang terbaik adalah untuk memulakan percutian dengan KLIA Ekspres.

“KLIA Ekspres kekal sebagai cara yang paling selamat, pantas dan boleh dipercayai untuk perjalanan pergi dan balik dari lapangan terbang. Dengan rekod prestasi ketepatan masa sebanyak 99.7%, kami yakin penumpang dapat sampai ke lapangan terbang pada waktu yang tepat dan selamat.”

-Tamat-

Copyright © 2019 Express Rail Link Sdn Bhd (375839-H)